28 April 2009

Makluman Kepada Sekolah-Sekolah Rendah di Brunei II(B) yang mengikuti kejohanan Olahraga 2009

Makluman kepada sekolah-sekolah rendah Brunei ii(B)

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN PENDIDIKAN SWASTA KAWASAN BRUNEI II (B), 2009

TUJUAN

• Sebagai satu projek tahunan Jabatan Pendidikan KoKurikulum.
• Menjalinkan hubungan silaturahim murid, mengembangkan daya
saing yang sihat dan keluluhan budi serta membina jasmani dan
rohani yang sihat dan mantap.
• Meningkatan tahap disiplin pelajar dan diharap dapat mengurangkan
masalah sosial remaja.
• Memilih pemain-pemain yang berbakat untuk mewakili Negara Brunei
Darussalam pada kejohanan Peringkat Negara dan Antarabangsa,
Asean Primay Sport School Olympiad (APSSO).

TUAN RUMAH :
SR. DATO MOHD YASSIN, BRUNEI II(B)
SR. MENTIRI, BRUNEI II(B)
SR. SAB SUNGAI BESAR, BRUNEI II(B)

TARIKH : 17 MEI 2009
HARI : AHAD
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : PADANG BELAPAN, BERAKAS

ATUR CARA :

7.15 Pagi - Jawatankuasa Hadir
7.30 Pagi - Pendaftaran Peserta
8.00 Pagi - Acara bermula
9.30 Pagi - Kehadiran Jemputan
10.00 Pagi - Kehadiran Tetamu Kehormat


PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI II(B)
PESERTA :

• KUMPULAN LELAKI BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH
( LAHIR TAHUN 1997 KE ATAS )

• KUMPULAN PEREMPUAN BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH
( LAHIR TAHUN 1997 KE ATAS )

PENDAFTARAN / PENYERTAAN PESERTA :

• Penyertaan dibukakan kepada semua Sekolah-Sekolah Rendah Negara
Brunei Darussalam.

• Setiap pasukan hanya dibenarkan menyenaraikan satu ( 1 ) orang
peserta bagi setiap acara perseorangan.

• Setiap pasukan hanya dibenarkan mengambil menyenaraikan empat ( 4 )
orang peserta ( satu pasukan ) bagi setiap acara berpasukan.

• Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian sebanyak dua ( 2 )
acara perseorangan dan satu ( 1 ) acara berpasukan.

HADIAH :

• Pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap acara yang
dipertandingkan.

• Satu ( 1 ) piala Iringan bagi Johan Kumpulan Keseluruhan akan
dipertandingkan setiap kali kejohanan diadakan.

• Satu ( 1 ) Piala Iringan bagi setiap Kumpulan peserta dan keseluruhan
akandikira dari jumlah banyaknya pungutan Emas. Jika seri akan dikira dari
jumlah pingat Perak dan jika seri akan dikira jumlah pingat Gangsa.
Apabila masih juga didapati seri maka diistiharkan sebagai Johan
Bersama.


ACARA OLAHRAGA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:


BIL. ACARA OLAHRAGA LELAKI PEREMPUAN

1. Lari 100 Meter 1 lelaki 1 perempuan
2. Lari 200 Meter 1 lelaki 1 perempuan
3. Lari 400 Meter 1 lelaki 1 perempuan
4. Lari 800 Meter 1 lelaki 1 perempuan
5. Lari 1,500 Meter 1 lelaki 1 perempuan
6. Lari 4 x 100 Meter Berganti-ganti 1 lelaki 1 perempuan
7. Lari 4 x 400 Meter Berganti-ganti 1 lelaki 1 perempuan
8. Lompat Kijang 1 lelaki - perempuan
9. Lompat Jauh 1 lelaki 1 perempuan
10. Lempar Cekera 1 lelaki 1 perempuan
11. Lontar Peluru 1 lelaki 1 perempuan
12. Rejam Lembing 1 lelaki 1 perempuan

JUMLAH ACARA 12 12 lelaki 11 perempuan


NOMBOR

• Pasukan yang mengambil bahagian bertanggungjawab menyediakan nombor peserta masing-masing mengikut KOD NOMBOR PASUKAN dan KOD KAWASAN / DAERAH peserta yang telah ditentukan. Kod nombor pasukan dan kod Kawasan / daerah ini adalah kekal bagi pasukan masing-masing setiap kali kejohanan Kawasan / daerah dan Negara diadakan.
• Nombor peserta hendakalah digunakan / disenaraikan secara selari dimulai oleh :
Lelaki dan Perempuan perseorangan dan iikuti oleh kumpulan pasukan.
• Ukuran nombor - BLOK 5”, Ukuran Kain 10” x 7” dan warna adalah seperti :
Kumpulan Lelaki dan Perempuan
Kain warna KUNING
Nombor warna Hitam


BIL
NAMA SEKOLAH
KOD PASUKAN

1. SR DATO MOHD YASSIN, MENTIRI - A 01
2. SR MENTIRI - B 01
3. SR SULTAN ABDUL BUBIN - C 01
4. SR BATU MARANG - D 01
5. SR SERASA - E 01
6. SR KAPOK - F 01
7. SR TANJUNG KINDANA - G 01
8. SR OKBI SUBOK - H 01
9. SR ATL MUARA - N 01
10. SR SUAS MUARA - J 01
11. SR DELIMA SATU - K 01
12. SR TANAH JAMBU - L 01
13. SR HMS SG HANCHING - M 01
14. NUSA LAILA PUTERI (SG BULOH) - R 01
15. RIVERSIDE SCHOOL - P 01

ACARA SARINGAN OLAHRAGA DAN PENERANGAN TEKNIKAL BAGI HAKIM-HAKIM OLAHRAGA

TARIKH: 07 MEI 2009
TEMPAT: PADANG KEBAJIKAN, BERAKAS
JAM: 2:00 HINGGA 5:00 PETANG

SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI HADIR JAM 1:30 PETANG

Acara-acara yang dipertandingkan diperingkat saringan oleh murid lelaki dan perempuan:
Larian 100 M, 200 M, 400 M, 800 M, 4 x 100 M dan 4 x 400 M.

NB: 1. Tiada acara buangan dan larian 1500 M dipertandingkan diperingkat saringan.
2. Penerangan teknikal bagi hakim-hakim olahraga diadakan semasa acara saringan olahraga.

No comments:

Our Location