30 May 2009

Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan Pendidikan Lalulintas Keselamatan Jalan Raya.



Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah berjaya menjadi Juara bagi pertandingan Akhir Power Point Keselamatan Jalan Raya. Pertandingan tersebut telah pun berlangsung hari ini di Dewan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hasssanal Bolkiah.













Zulfadzlee Bin Zulkifli (T6A)
Nur Azidah Nazihah Haleezaan (T5B)
Dk Nuramal Aziyah Binti Pg Md Syukor (T4B)
Tahniah!



27 May 2009

Pertandingan Power Point Keselamatan Jalan Raya

Pada 9 hb Mei, Sabtu,Sekolah Rendah Dato Mohd Yasssin telah menjadi tuan rumah bagi pertandingandi Dewan Nilam Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin. Pertandingan ini adalah anjuran Syarikat Minyak Shell Brunei dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Kementerian Pendidikan. Sebanyak 13 buah sekolah di kawasan Brunei II(B) telah pun bertanding.

Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah pun menjadi Johan dan seterusnya terpilih ke Peringkat Separuh Akhir. Tajuk yang di pilih ialah "PEDESTRIAN CROSSING". Nama murid2 yang bertanding adalah Zulfadzlee bin Zulkifli (T6A) Nur Azidah Nazihah Haleezaan (T5B) dan Dk Nuramal Aziyah Binti Pg Md Syukor (T4A) dan seterusnya terpilih ke Peringkat Separuh Akhir. Manakala tempat kedua disandang oleh Sekolah Rendah HMS Sungai Hanching dan tempat ketiga disandang oleh Sekolah OKBI Subok. Tahniah kepada murid2 yang telah berjaya.


Pertandingan Separuh akhir akan dilangsungkan di Sekolah Rendah Telanai pada 23hb Mei 2009.  

26 May 2009

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Brunei II(B)

Kejohanan Olahraga ini telah pun berlangsung pada 17hbMei 2009 yang lalu. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah pun berjaya meraih 4 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa dengan jumlah 8 pingat. Md Abd Azim Bin Ahmad telah terpilih menjadi Olahragawan terbaik. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin juga telah pun terpilih mendapat pemungut pingat Emas yang terbanyak di kejohanan tersebut.  


Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan tidak dilupakan juga semua guru yang telah bekerja keras menjayakan kejohanan olahraga.


Our Location