27 June 2009

Mesyuarat Langkah-langkah keselamatan pencegahan Influenza A virus subtype H1N1


Satu Mesyuarat langkah-langkah keselamatan dalam pencegahan merebaknya virus influenza A atau lebih dikenali sebagai virus H1N1 telah di adakan hari ini bermula jam 9:00 pagi di Bilik Sumber SRDMY. Mesyuarat ini bukan sahaja di adakan diperingkat Sekolah ini saja malahan semua sekolah-sekolah di seluruh negara telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat ini untuk mengelakkan merebaknya virus ini di kalangan para pelajar sekolah.

Antara isi kandung mesyuarat adalah penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil semasa kedatangan murid-murid selepas cuti penggal persekolahan. Dengan langkah-langkah ini, adalah diharap semua ibubapa/ penjaga murid-murid akan dapat memahami situasi ini dan akan dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani merebaknya virus ini di kalangan warga sekolah.

Semua warga kerja sekolah ini telah diarahkan untuk datang ke mesyuarat ini bagi mendengar dan bertukar fikiran dan idea untuk mengelakkan merebaknya Influenza A virus (H1N1) dikalangan murid-murid.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai virus H1N1 ini, sila layari wikipedia ini: http://en.wikipedia.org/wiki/


13 June 2009

Majlis Bertahlil dan Penyampaian Hadiah Galakan



Hari ini Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi empat org keluarga bagi warga sekolah yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun ini.  Majlis telah berlangsung pada pukul 10.45 pagi di Dewan Nilam SRDMY.  Acara juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada tiga orang wakil sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah di pertandingan senegara dalam Penyampai Power Point Keselamatan Jalan Raya.  Bagi Program Anak Angkat -Remedial Reading (AR)2, hadiah galakan juga disampaikan oleh guru besar kepada 4 orang guru dan  4 murid yang telah mencapai kejayaan dalam bacaan.

Majlis di teruskan dengan persembahan Juara Penyampai Power Point Jalan Raya dan Hadrah dari wakil murid-murid yang akan bertanding bulan Julai nanti. 

Ucapan nasihat dan dorongan serta Selamat Bercuti dari Guru besar kepada semua warga sekolah juga disampaikan di akhir majlis tersebut.

12 June 2009

SESSI KONGSISAMA JAPSER BRUNEI II(B)

Sessi Kongsisama Majlis Ilmu  JAPSER BR II(B) anjuran bahagian perkembangan staf Japser BR II(B) telah pun berlangsung di Dewan Penghayatan Institut Perkhidmatan Awam pada 11hb Jun 2009, Khamis jam 2.15 ptg.  Tetamu kehormat yang di jemput ialah YM Awg Hj Moksin Bin Hj Mohammad (PPKD BR IIB).

Seramai 8 orang guru dari SRDMY juga hadir ke IPA untuk memperdengarkan sessi kongsisama itu.  JAPSER BR II(B) juga dipengerusikan sendiri oleh Guru Besar SR Dato Mohd Yassin.  

Antara Ilmu yang dikongsikan dimajlis tersebut adalah:

1.   Program Perkembangan Sahsiah Murid disampaikan oleh GB SR Tanah Jambu.
2.  Program Literasi dan Numerasi disampaikan oleh GB SR Mentiri.
3.  Program 2B FM disampaikan oleh GB SR.HMS.

Dari sessi kongsisama tersebut banyak perkara yang dapat nanti di salin aduk oleh guru-guru demi menjayakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

09 June 2009

KLINIK SUKAN GURU-GURU

Pada 1hb April yang lalu, Rabu, jam 1.45 petang guru-guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah pun membuat lawatan kerja 'staff development' Klinik sukan Hoki, boling padang dan 'Paetheung' di Padang Hoki Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan dan memberi pengalaman guru-guru mengenai kejurulatihan dan kemahiran permainan Hoki, Boling padang dan 'Paetheung'. Walaupun merasa letih, guru-guru beruntung dapat menimba pengalaman dari hasil klinik tersebut.

04 June 2009

Lawatan sambil belajar ke Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu di Pantai Serasa




Lawatan  murid Pra seramai 40 orang termasuk 3 orang guru telah pun bermula dari pukul 9.15 hingga 10.30pagi ke Pengurusan dan pemuliharaan Penyu yang terletak di Pantai Serasa. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan dan memberi pengalaman kepada murid mengenai kesedaraan cintakan binatang seperti penyu yang mana semakin hari semakin pupus di dunia. 
 
Seorang pegawai di Jabatan tersebut telah pun memberi sedikit taklimat mengenai program pengurusan dan pemuliharaan penyu Negara Brunei Darussalam.  Murid-murid sangat tertarik dengan gambar-gambar 'video' dan 'slide' yang di tunjukkan oleh Pegawai tersebut.  Mereka juga banyak bertanya mengenai penyu dan yang paling menyeronokkan murid-murid semasa lawatan tersebut adalah merasa dan memagang penyu-penyu yang ada disana.  Lawatan berakhir dengan sessi bergambar ramai.

02 June 2009

Peperiksaan pertengahan tahun

Hari ini Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah pun bermula pada jam 7.45 pagi. Guru-guru sibuk menyediakan kertas soalan dan murid-murid berdebar-debar menantikan kertas soalan yang hendak dijawab. Gambar 'slide' menunjukkan murid- murid sedang menjawab kertas peperiksaan dengan tekun dan berhati-hati. Selamat menghadapi peperiksaan.

01 June 2009

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin akan menjalankan peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun 2,3,5 dan 6 bermula dari 2hb hingga 6hb Jun 2009. Manakala bagi Pra, tahun 1 dan tahun 4, akan diberikan Ujian Penilaian berterusan sahaja.


Jadual peperiksaan untuk Tahun 2 dan Tahun 3




Jadual peperiksaan untuk Tahun 5 dan Tahun 6


"Click on the picture to enlarge"

Our Location