04 June 2009

Lawatan sambil belajar ke Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu di Pantai Serasa




Lawatan  murid Pra seramai 40 orang termasuk 3 orang guru telah pun bermula dari pukul 9.15 hingga 10.30pagi ke Pengurusan dan pemuliharaan Penyu yang terletak di Pantai Serasa. Tujuan lawatan adalah untuk mendedahkan dan memberi pengalaman kepada murid mengenai kesedaraan cintakan binatang seperti penyu yang mana semakin hari semakin pupus di dunia. 
 
Seorang pegawai di Jabatan tersebut telah pun memberi sedikit taklimat mengenai program pengurusan dan pemuliharaan penyu Negara Brunei Darussalam.  Murid-murid sangat tertarik dengan gambar-gambar 'video' dan 'slide' yang di tunjukkan oleh Pegawai tersebut.  Mereka juga banyak bertanya mengenai penyu dan yang paling menyeronokkan murid-murid semasa lawatan tersebut adalah merasa dan memagang penyu-penyu yang ada disana.  Lawatan berakhir dengan sessi bergambar ramai.

No comments:

Our Location