13 June 2009

Majlis Bertahlil dan Penyampaian Hadiah Galakan



Hari ini Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi empat org keluarga bagi warga sekolah yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun ini.  Majlis telah berlangsung pada pukul 10.45 pagi di Dewan Nilam SRDMY.  Acara juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada tiga orang wakil sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah di pertandingan senegara dalam Penyampai Power Point Keselamatan Jalan Raya.  Bagi Program Anak Angkat -Remedial Reading (AR)2, hadiah galakan juga disampaikan oleh guru besar kepada 4 orang guru dan  4 murid yang telah mencapai kejayaan dalam bacaan.

Majlis di teruskan dengan persembahan Juara Penyampai Power Point Jalan Raya dan Hadrah dari wakil murid-murid yang akan bertanding bulan Julai nanti. 

Ucapan nasihat dan dorongan serta Selamat Bercuti dari Guru besar kepada semua warga sekolah juga disampaikan di akhir majlis tersebut.

No comments:

Our Location