27 June 2009

Mesyuarat Langkah-langkah keselamatan pencegahan Influenza A virus subtype H1N1


Satu Mesyuarat langkah-langkah keselamatan dalam pencegahan merebaknya virus influenza A atau lebih dikenali sebagai virus H1N1 telah di adakan hari ini bermula jam 9:00 pagi di Bilik Sumber SRDMY. Mesyuarat ini bukan sahaja di adakan diperingkat Sekolah ini saja malahan semua sekolah-sekolah di seluruh negara telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat ini untuk mengelakkan merebaknya virus ini di kalangan para pelajar sekolah.

Antara isi kandung mesyuarat adalah penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil semasa kedatangan murid-murid selepas cuti penggal persekolahan. Dengan langkah-langkah ini, adalah diharap semua ibubapa/ penjaga murid-murid akan dapat memahami situasi ini dan akan dapat bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani merebaknya virus ini di kalangan warga sekolah.

Semua warga kerja sekolah ini telah diarahkan untuk datang ke mesyuarat ini bagi mendengar dan bertukar fikiran dan idea untuk mengelakkan merebaknya Influenza A virus (H1N1) dikalangan murid-murid.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai virus H1N1 ini, sila layari wikipedia ini: http://en.wikipedia.org/wiki/


No comments:

Our Location