29 July 2009

Tahniah daripada semua warga SR Dato Mohd Yassin



Tahniah

Cikgu Mohamad Azwan Bin Abdullah Lai
kerana telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan menjadi
Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Brunei II (B)
pada 21hb Julai 2009.


UCAPAN IKLAS DARIPADA
kami
GURU-GURU & KAKITANGAN
SRDMY

20 July 2009

HARI SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ




CUTI AWAM 
 SEMPENA MENYAMBUT ISRA' MIKRAJ BAGI TAHUN 1430

15 July 2009

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik ke 63 Tahun



Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.
Selamat menyambut Hari Keputeraan yang ke 63 tahun. Didoakan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam. Semoga Allah melanjutkan usia Kebawah Duli Tuan Patik, sihat sejahtera bersama keluarga, negara aman dan prihatin kepada rakyat.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Ucapan iklas dari Warga Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin Brunei (II)B


14 July 2009

Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Sultan Haji Hassanal Bolkiah



Seluruh warga perkhidmatan awam adalah didorong untuk menyertai acara Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-63.

    Hari Selasa malam Rabu

20hb Rejab 1430H bersamaan 14hb Julai 2009

bermula jam 6.00 petang

Di Masjid-masjid seluruh negara

30 

·    Semoga dengan kehadiran Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Jabatan dibawahnya di majlis itu nanti akan dapat memberkati lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-63 pada tahun ini.


11 July 2009

TAHNIAH KEPADA GURU BESAR SRDMY



DIATAS KELAHIRAN SEORANG CAHAYA MATA LELAKI
PADA 11HB JULAI 2009
BERSAMAAN
18HB REJAB 1430

IKLAS DARIPADA
GURU-GURU & KAKITANGAN SEKOLAH RENDAH DATO MOHD YASSIN

09 July 2009

Makluman Kepada Semua Guru & Ibubapa/Penjaga


Guru Besar SRDMY memaklumkan bahawa aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai seperti yang tersenarai dibawah akan di hentikan buat sementara waktu ekoran mengenai dengan meningkatnya jangkitan Influenza A (H1N1).

Aktiviti  tersebut adalah:
  • Perbarisan/perkumpulan pagi
  • Aktiviti Ko-korikulum pagi Sabtu
  • Menandatangani Rekod kemajuan 
  • Perjumpaan komiti 'SBT'(Julai)
  • Kelas tambahan Tahun 6
Pihak Sekolah juga menekankan dan meminta kerjasama daripada semua Ibubapa/Penjaga agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan membantu mengelakkan kemungkinan berlaku penyebaran Virus Influenza A (H1N1) seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan iaitu dengan memastikan:
  • anak-anak mereka sebelum datang kesekolah dalam keadaan sihat dan bersih
  • suhu badan anak-anak mereka dalam keadaan yang normal 
  • membekalkan anak-anak mereka penutup mulut atau saputangan kesekolah
  • anak-anak mereka sentiasa beringat-ingat membersihkan diri seperti mencuci tangan ketika berada disekolah.
Pihak sekolah berharap dengan makluman tersebut, pihak yang berkenaan akan dapat bekerjasama dan peka dalam situasi negara kita yang dilanda dengan wabak penyakit Influenza A (H1N1).



08 July 2009

Terima Kasih kepada Borneo Bulletin - JAPAI


Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin mengucapkan terima kasih kepada pemberita/Penulis Surat Khabar Borneo Bulletin iaitu JAPAI kerana mempamerkan bahan berita sekolah kami pada 6hb Julai yang lepas.

Sila Layari Website Borneo Bullentin:                                            http://www.brunei-online.com/bb/mon/jul6h23.htm

06 July 2009

Sekolah dibuka semula


Hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah cuti penggal ke-2 dan cuti kecemasan di sebabkan wabak Selsema A (H1N1) yang melanda dunia. Cuti tambahan seminggu adalah sebagai langkah berjaga-jaga yang mana murid-murid sekolah mempunyai risiko yang tinggi penyakit berjangkit kerana aktiviti sosial mereka disekolah.

Pelan tindakan sekolah telah pun dirancang sebelum ini dan dilaksanakan pada pagi ini dengan teliti. Pemeriksaan setiap murid-murid telah dibuat oleh semua guru (merangkap jururawat). Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap murid yang mempunyai kadar suhu badan yang tinggi, selsema, batuk-batuk telah diasingkan daripada murid-murid lain dan Ibubapa/penjaga mereka dihubungi untuk membawa mereka pulang.

Aktiviti pembelajaran dimulakan setelah selesai pemeriksaan. Aktiviti pemeriksaan ini akan berlanjutan setiap hari. Insyallah dengan pemeriksaan terperinci ini akan dapat mengurangkan kadar jangkitan virus H1N1 ini. Pihak sekolah telah mengambil tindakan dan langkah berjaga-jaga untuk memastikan murid-murid selamat untuk bersekolah dan harapan kami juga kepada semua masyarakat di negara ini akan sentiasa peka dalam menengani kes penyakit H1N1.


04 July 2009

Permuzakarahan Sekolah


Perkara:  Mesyuarat perjumpaan Guru Besar dengan Guru-Guru 
Tempat:  Bilik Sumber SRDMY
Jam:  8.30 -10.30


Mesyuarat  hari ini membincangkan lebih terperinci lagi mengenai persiapan langkah berjaga-jaga mengenai kes jangkitan Influenza H1N1 yang semakin meningkat iaitu dengan menugaskan semua guru secara berjadual memeriksa suhu badan semua murid-murid  yang akan hadir pada pagi 6hb Julai ini.  Guru Besar menyarankan agar semua guru memakai 'mask' ketika pemeriksaan dijalankan dan di waktu sepanjang pengajaran.  Murid-murid juga di sarankan menutup mulut sebagai lagkah berjaga-jaga ( Jika mask mencukupi)

Selain itu, dimesyuarat pagi tadi juga membincangkan mengenai laporan-laporan dan cadangan-cadangan dari setiap badan sekolah untuk dikongsikan bersama semua guru-guru. 

02 July 2009

Persekolahan bermula pada 6hb Julai 2009




Sehubungan dengan kejangkitan Influenza A (H1N1) yang semakin meningkat, permulaan sekolah selepas cuti penggal ke II yang sepatutnya bermula pada 29hb Jun lalu telah dipanjangkan hingga 5hb Julai. Oleh itu sesi persekolahan bagi sekolah kerajaan dan sekolah swasta seluruh negara akan bermula pada 6hb Julai ini.  

Bagaimanapun semua guru dan kakitangan sekolah dikehendaki bertugas seperti biasa pada 29hb Jun dan membuat persedian sekolah serta persedian pemantauan secara berterusan wabak Influenza A (H1N1) daripada merebak dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan apabila persekolahan bermula.

Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh semua warga sekolah semasa permulaan sekolah nanti sebagaimana yang telah di bincangkan semasa taklimat lepas ialah:

1.  Pemeriksaan suhu badan dengan 'Thermometer' kepada semua murid sebelum masuk ke bilik darjah atau di kawasan perkumpulan pagi.

2.  Pemakaian penutup mulut ('mask') bagi murid yang sakit.

3.  Tindakan pihak sekolah jika ada murid yang mempunyai tanda-tanda sakit.

4.  Mengetahui maklumat terkini Influenza A (H1N1) Brunei.

5.  Pengamalan menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dan kebersihan bilik darjah.

Thermometer

'Mask'

Our Location