09 July 2009

Makluman Kepada Semua Guru & Ibubapa/Penjaga


Guru Besar SRDMY memaklumkan bahawa aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai seperti yang tersenarai dibawah akan di hentikan buat sementara waktu ekoran mengenai dengan meningkatnya jangkitan Influenza A (H1N1).

Aktiviti  tersebut adalah:
  • Perbarisan/perkumpulan pagi
  • Aktiviti Ko-korikulum pagi Sabtu
  • Menandatangani Rekod kemajuan 
  • Perjumpaan komiti 'SBT'(Julai)
  • Kelas tambahan Tahun 6
Pihak Sekolah juga menekankan dan meminta kerjasama daripada semua Ibubapa/Penjaga agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan membantu mengelakkan kemungkinan berlaku penyebaran Virus Influenza A (H1N1) seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan iaitu dengan memastikan:
  • anak-anak mereka sebelum datang kesekolah dalam keadaan sihat dan bersih
  • suhu badan anak-anak mereka dalam keadaan yang normal 
  • membekalkan anak-anak mereka penutup mulut atau saputangan kesekolah
  • anak-anak mereka sentiasa beringat-ingat membersihkan diri seperti mencuci tangan ketika berada disekolah.
Pihak sekolah berharap dengan makluman tersebut, pihak yang berkenaan akan dapat bekerjasama dan peka dalam situasi negara kita yang dilanda dengan wabak penyakit Influenza A (H1N1).



No comments:

Our Location