02 July 2009

Persekolahan bermula pada 6hb Julai 2009




Sehubungan dengan kejangkitan Influenza A (H1N1) yang semakin meningkat, permulaan sekolah selepas cuti penggal ke II yang sepatutnya bermula pada 29hb Jun lalu telah dipanjangkan hingga 5hb Julai. Oleh itu sesi persekolahan bagi sekolah kerajaan dan sekolah swasta seluruh negara akan bermula pada 6hb Julai ini.  

Bagaimanapun semua guru dan kakitangan sekolah dikehendaki bertugas seperti biasa pada 29hb Jun dan membuat persedian sekolah serta persedian pemantauan secara berterusan wabak Influenza A (H1N1) daripada merebak dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan apabila persekolahan bermula.

Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh semua warga sekolah semasa permulaan sekolah nanti sebagaimana yang telah di bincangkan semasa taklimat lepas ialah:

1.  Pemeriksaan suhu badan dengan 'Thermometer' kepada semua murid sebelum masuk ke bilik darjah atau di kawasan perkumpulan pagi.

2.  Pemakaian penutup mulut ('mask') bagi murid yang sakit.

3.  Tindakan pihak sekolah jika ada murid yang mempunyai tanda-tanda sakit.

4.  Mengetahui maklumat terkini Influenza A (H1N1) Brunei.

5.  Pengamalan menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dan kebersihan bilik darjah.

Thermometer

'Mask'

No comments:

Our Location