06 July 2009

Sekolah dibuka semula


Hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah cuti penggal ke-2 dan cuti kecemasan di sebabkan wabak Selsema A (H1N1) yang melanda dunia. Cuti tambahan seminggu adalah sebagai langkah berjaga-jaga yang mana murid-murid sekolah mempunyai risiko yang tinggi penyakit berjangkit kerana aktiviti sosial mereka disekolah.

Pelan tindakan sekolah telah pun dirancang sebelum ini dan dilaksanakan pada pagi ini dengan teliti. Pemeriksaan setiap murid-murid telah dibuat oleh semua guru (merangkap jururawat). Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap murid yang mempunyai kadar suhu badan yang tinggi, selsema, batuk-batuk telah diasingkan daripada murid-murid lain dan Ibubapa/penjaga mereka dihubungi untuk membawa mereka pulang.

Aktiviti pembelajaran dimulakan setelah selesai pemeriksaan. Aktiviti pemeriksaan ini akan berlanjutan setiap hari. Insyallah dengan pemeriksaan terperinci ini akan dapat mengurangkan kadar jangkitan virus H1N1 ini. Pihak sekolah telah mengambil tindakan dan langkah berjaga-jaga untuk memastikan murid-murid selamat untuk bersekolah dan harapan kami juga kepada semua masyarakat di negara ini akan sentiasa peka dalam menengani kes penyakit H1N1.


No comments:

Our Location