22 November 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid



Saat yang dinantikan oleh ibubapa dan penjaga iaitu menandatangani Rekod Kemajuan anak mereka. Tentu berdebar rasanya hati ibubapa seandainya belum mengetahui keputusan anak mereka. Pada murid yang cemerlang teruskan usaha dan bagi murid yang perlu pembaikan dalam pelajaran mesti sentiasa berusaha. Tahniah kepada semua murid, semoga ditahun hadapan akan sentiasa lebih bersemangat dan rajin dari kemarin. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan diucapkan terima kasih kepada semua guru-guru kerana menjayakan majlis ini.

Perasmian Kejohanan Sukanria Rumah-Rumah (Hari pertama)




22/11/2010, Isnin - Perasmian bermulanya Kejohanan Sukanria Rumah-Rumah berlangsung pada jam 8 pagi oleh Guru Besar Dayang Hjh Sarimah binti Awang Hj Bakir. Ada sebanyak 6 buah pasukan yang akan bersaing diSukanria tahun ini telah diberi nama seperti berikut:

1. Alak Betatar ( Biru )
2. Semaun ( Jingga)
3. Patih Berbai ( Hijau )
4. Patih Melakai ( Kuning )
5. Damang Sari ( Merah )
6. Hapu Awang (Ungu )

Hari pertama sukanria dimulakan dengan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara rumah-rumah.

Keputusan Bola Sepak:
Johan - Rumah Semaun (Jingga)
Naib Johan - Rumah Damang Sari (Merah)
Ke 3 - Rumah Patih berbai Hijau
Ke 4 - Rumah Melakai (Kuning) & Rumah Alak Betatar ( Biru)
ke 5 - Rumah Hapu Awang (Ungu)

Keputusan Bola Jaring
Johan- Rumah Alak Betatar ( Biru )
Naib Johan - Rumah Melakai (kuning)
Ke 3 - Rumah Hapu Awang ( Ungu)
Ke 4 - Rumah Damang Sari (Merah)
Ke 5 - Rumah Semaun (Jingga )
Ke 6 Rumah Patih Berbai ( Hijau )

10 November 2010

Lawatan Tahun 6 Ke Bahagian Kawalan Akidah



10/11/2010, Rabu - Seramai 41 orang murid dari Tahun 6 beserta 5 orang guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin yang diketuai oleh Ketua Bahagian Lawatan , Cikgu Halizah Binti Aliakbar telah pun mengadakan lawatan ke Bahagian Kawalan Akidah, Jabatan Hal Ehwal Syariah, di bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama), Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan.

Tujuan utama lawatan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan syariah (halal/haram) dan juga kesalahan-kesalahan akidah yang boleh menyelewengkan agama Islam.

Rombongan disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai di jabatan tersebut dan seterusnya taklimat disampaikan oleh salah seorang Pegawai Ugama, Yang Mulia Awang Haji Azman Bin Hj Musa, mengenai dengan sejarah penubuhannya sejak 1994, visi, misi, struktur organisasi, fungsi dan peranan Bahagian Kawalan Akidah dalam membenteras kegiatan ajaran sesat, penyelewengan akidah dan khurafat yang mana boleh menyebabkan bahaya serta ancamannya terhadap akidah Islam.

Seterusnya lawatan berakhir dengan lawatan rombongan ke bilik pameran barang-barang hasil rampasan dari siasatan mereka yang ada berhubungkait dengan kegiatan perbomohan, pemujaan dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

06 November 2010

Lawatan guru-guru ke Pusat Bahagia, JAPEM, Jln Pulaie


Rabu, 3/11/2010 - Serombongan guru-guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin yang diketuai oleh Cikgu Mohd Arpian Bin Hj Yahya Penolong guru besar, telah mengadakan lawatan ke Pusat Bahagia JAPEM di Pulaie. Lawatan kerja tersebut adalah sebahagian daripada kegiatan perkembangan staf sekolah. Tujuan lawatan kerja adalah untuk menimba ilmu pengetahuan, pengalaman mengenai dengan orang-orang berkeperluan khas serta mendedahkan kepada semua guru serta menerapkan sikap positif , pemedulian dan kasih sayang terhadap komuniti di Pusat Bahagia.


Rombongan diberikan taklimat oleh Cikgu Ernawati Binti Haji Mahir, Pengetua Pusat Bahagia mengenai sejarah Pusat Bahagia sejak tahun 1980, peranan, program dan latihan yang disediakan di pusat tersebut. Seterusnya rombongan dibawa kebeberapa bahagian di pusat tersebut seperti ke bahagian kelas belajar membaca, menulis dan mengira, ke bahagian tenunan, ugama, orientasi dan mobility, pertukangan kayu, jahitan dan masakan.


Lawatan kerja berakhir dengan ramah mesra bersama pelajar berkeperluan khas di dewan Pusat Bahagia dan seterusnya menyampaian derma iklas dari guru-guru SRDMY kepada Pusat Bahagia.


02 November 2010

Lawatan Tahun 6 Ke Penjara Maraburung, Jerudung









1/11/2010, Isnin - Seramai 50 orang murid dari Tahun 6 berserta 5 orang guru SR Dato Mohd Yassin yang diketuai oleh Penolong Guru Besar Cikgu Mohd Arpian Bin Hj Yahya telah pun membuat lawatan ke Penjara Maraburung. Lawatan ini adalah salah satu daripada aktiviti Unit Ko-Kokurikulum bagi murid-murid tahun 6 setelah selesai menduduki peperiksaan PSR . Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengenai hukuman yang akan diterima apabila melakukan kesalahan serta mengetahui bentuk-bentuk hukuman dan kesalahan dan sebagainya.


Rombongan diberikan taklimat mengenai kegiatan dan hal ehwal penjara, penerangan mengenai jenis-jenis hukuman yang diterima oleh pasalah. Murid-murid juga ditunjukkan demonstrasi sebatan yang dijalankan ke atas pesalah. Seterusnya lawatan berakhir dengan lawatan murid-murid kebeberapa bahagian di Jabatan tersebut.

21 October 2010

Lawatan Tahun 6 Ke Tentera Laut DiRaja Brunei




Rabu 13/10/2010 - Salah satu cara untuk memotivasikan dikalangan murid-murid, Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin telah membuat lawatan ke Tentera Laut Diraja Brunei dimana melibatkan 75 orang murid dari Tahun 6 beserta 4 orang guru. Lawatan ini adalah merupakan salah satu daripada Ko-Kurikulum sekolah ini yang bertujuan untuk memotivasikan dan membuka minda serta memberikan pengetahuan murid-murid dalam mengetahui hal kerjaya sebagai anggota tentera laut.

Rombongan murid telah pun diberikan taklimat mengenai sejarah dan peranan tugas-tugas TLDB. Seterusnya murid-murid dibawa melawat kebeberapa bahagian jabatan Tentera Laut Diraja Brunei seperti menaiki kapal-kapal perang yang digunakan ketika menjalankan tugas dilaut.

18 February 2010

Peringkat Akhir di Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah NBD 2010

Alhamdulillah ..Tahniah kepada Pasukan Bola jaring murid-murid SRDMY yang telah berjaya meraih tempat ke tiga bersama dengan Sr SUAS Muara di peringkat akhir kejohanan bola Jaring pada 17 hb Februari tahun ini. Juara tahun ini di sandang oleh SR Delima satu dan tempat kedua ialah SR Subuk. Warga sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada jurulatih -jurulatih bola jaring yang telah bertungkus lumus melatih pasukan bola jaring sekolah ini.

09 February 2010

Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah NBD 2010

Pada 8 hb Februari 2010 yang lalu, pasukan bola jaring murid-murid SRDMY telah pun berjaya masuk ke Peringkat akhir Kejohanan Bola Jaring pada 17hb Februari 2010 yang akan di adakan di Dewan Serbaguna Stadium Hassanal Bolkiah. Tahniah diucapkan kepada pasukan kita yang telah berhempas pulas dan berjaya memenangi dua perlawanan.

Our Location