10 November 2010

Lawatan Tahun 6 Ke Bahagian Kawalan Akidah



10/11/2010, Rabu - Seramai 41 orang murid dari Tahun 6 beserta 5 orang guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin yang diketuai oleh Ketua Bahagian Lawatan , Cikgu Halizah Binti Aliakbar telah pun mengadakan lawatan ke Bahagian Kawalan Akidah, Jabatan Hal Ehwal Syariah, di bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (Lama), Jalan Elizabeth II, Bandar Seri Begawan.

Tujuan utama lawatan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan syariah (halal/haram) dan juga kesalahan-kesalahan akidah yang boleh menyelewengkan agama Islam.

Rombongan disambut dengan mesra oleh pegawai-pegawai di jabatan tersebut dan seterusnya taklimat disampaikan oleh salah seorang Pegawai Ugama, Yang Mulia Awang Haji Azman Bin Hj Musa, mengenai dengan sejarah penubuhannya sejak 1994, visi, misi, struktur organisasi, fungsi dan peranan Bahagian Kawalan Akidah dalam membenteras kegiatan ajaran sesat, penyelewengan akidah dan khurafat yang mana boleh menyebabkan bahaya serta ancamannya terhadap akidah Islam.

Seterusnya lawatan berakhir dengan lawatan rombongan ke bilik pameran barang-barang hasil rampasan dari siasatan mereka yang ada berhubungkait dengan kegiatan perbomohan, pemujaan dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Islam.

No comments:

Our Location