29hb Mac 2011, Selasa - Seramai 90 murid Tahun 5 termasuk 4 orang guru pengawas telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Kg Subok, NBD. Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui dan menambah pengetahuan dikalangan murid-murid dan guru-guru mengenai seni ukir dan kraftangan hasil produk Negara Brunei Darussalam di pusat tersebut.
Dalam lawatan tersebut rombongan dibawa ke bengkel tenunan, kraftangan dan pertukangan bagi menyaksikan lebih dekat lagi aktiviti dibengkel tersebut. Seterusnya mereka di bawa ke bahagian pameran dan jualan produk yang ada di pusat tersebut

Kenangan manis - bergambar ramai

Rombongan disambut dengan mesra oleh pegawai di pusat tersebut

Di bengkel Tenunan


Murid-murid diberi penerangan mengenai aktiviti yang ada dibengkel pertukangan

Murid-murrid begitu asyik memerhatikan


Hasil kraftangan
No comments:
Post a Comment