26 April 2011

Lawatan Sambil Belajar Tahun 4 Ke Pusat Dakwah Islamiah

25hb April 2011, Isnin - Seramai 92 murid Tahun 4 termasuk 4 orang guru pengawas yang di ketuai oleh Cikgu Halizah Aliakbar selaku ketua rombongan telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Pulaie, NBD. Tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat barang-barang pameran yang ada di galeri pusat dakwah tersebut.

Sebelum rombongan lawatan dibenarkan melihat barang-barang pameran, salah seorang wakil pegawai unit pameran pusat tersebut memberi taklimat mengenai barang-barang yang ada di galeri. Pada akhir lawatan, murid berpeluang menjawab soalan quiz berdasarkan infomasi daripada lawatan tersebut. Unit pameran pusat tersebut telah menyediakan beberapa hadiah bagi aktiviti quiz tersebut. Lawatan berakhir dengan jamuan yang telah disediakan di Pusat Dakwah tersebut.


Asyik mendengar taklimat yang disampaikan oleh salah seorang pegawai di Pusat tersebut

Lawatan ke galeri



Hadiah diberikan kepada murid yang menjawab kuiz secara spontan yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Dakwah Islamiah


Cenderahati dari Pusat Dakwah Islamiah

1 comment:

Apple Smith said...

I am an avid reader who likes engaging content. That's why I am here. Your original views on this topic are refreshing and interesting. You've done a great job of expressing your views. Thank you.
tu 95| call of duty| clicker heroes| strike force heroes 2| kitten cannon
freeonlinegames| freeonlinegames

Our Location